Kalau Benar Saya Playboy, Sila Buktikan - Zul Ariffin

Nama Zul Ariffin yang melonjak naik setelah lakonannya dalam drama Rindu Awak 200% telah menjadi pujaan ramai anak gadis dan kerana popularitinya itu membuatkan peminat ingin mengorek rahsia peribadi beliau.
Dikatakan sedang mengenali hati budi  Zahirah MacWilson yang merupakan seorang pelakon baru.
Justeru ada yang telah mengecop dirinya sebagai “playboy”,  buaya darat, kaki perempuan dan banyak lagi dan ada yang mendakwa beliau selalu mempergunakan wanita untuk terus popular dalam industri hiburan tempatan.
Penjelasan Zul tentang hal itu.
Bila saya keluar dengan Zahirah banyak cerita kata saya playboy. Seolah-olah saya ini lelaki yang teruk. Ramai yang cakap dekat dia ‘kau jangan keluar dengan Zul bahaya’. Tetapi, alhamdulillah, ramai juga yang menyokong hubungan kami.
Pada saya senang, kalau benar saya playboy, sila tunjukkan bukti saya keluar dengan perempuan lain.

0 Response to "Kalau Benar Saya Playboy, Sila Buktikan - Zul Ariffin"

Post a Comment