Al-Fatihah... Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhamad Shukri Husin, 34 atas pemergiannya dalam kejadian tragis semalam. Lebih menyedihkan lagi, arwah tidak sempat menyambut kelahiran cahaya mata sulung di mana isterinya kini sedang hamil lapan bulan.
Peristiwa malang ini tentu ada hikmah di sebaliknya kerana sebagai seorang abang, kasih dan tanggungjawab sebagai abang benar-benar dilaksanakan, apabila tidak mahu adiknya Azlina ditipu dan berkahwin dengan Hafiz suami orang...
Nasihat kepada kaum wanita agar tidak terlalu mudah percaya dengan pujuk rayu pasangan yang baru korang kenali, sebaliknya sebelum mengenali dia dengan lebih mendalam lagi, buatlah dulu kaji selidik latar belakangnya samada dia suami, tunang orang ataupon memang betul-betul bujang.
Jangan mudah cepat percaya dengan kata-kata manis lelaki kerana lidah memang tidak bertulang cukup mudah bagi mereka memberi janji-janji yang boleh mencairkan wanita.
Di sini dikongsikan tips untuk mengenali pasangan itu suami/tunang orang ataupon bujang.
1) Usia
Pertama sekali perlu tahu berapakah usia sebenar lelaki tersebut. Jika lelaki tersebut dalam lingkungan 20 ke 25 tahun, kebarangkalian masih bujang tu mungkin tinggi, tapi kalau usia 25 tahun ke atas, kebarangkalian sudah berkahwen pula tinggi. Maka perlu berhati-hati. Ada juga lelaki yang kawin muda, dan ada juga lelaki yang kawin lambat. Sebab tu kita kena kenalpasti betul-betul.
2) Fizikal
Cuba perhatikan fizikal dia, terutamanya tang perut, hehehe. Kebiasaanya lelaki yang sudah berkahwin mempunyai perut yang agak macho. Dengan ertikata yang paling mudah difahami adalah boroi. Jadi kalau pasangan anda tu mempunyai perut yang macho ni, maka berhati-hatilah yea… Tapi ada juga lelaki yang masih bujang tapi perutnya dah macho, ada juga lelaki yang dah kawin tapi perutnya rata kena berhati-hati, silap-silap orang ingat dia masih bujang. Haih!
3) Layanan
Kebiasaanya lelaki yang sudah berkahwin ni paling expert bab-bab melayan wanita. Contohnya :
1) Suka memuji pasangan
2) Pandai memujuk
3) Suka pegang-pegang, belai-belai
4) Suka bagi hadiah
5) Pandai memanjakan pasangan
6) Ayat sentiasa manis, pandai berkata-kata
Kalau cara layanan 6 perkara di atas ni ada pada pasangan, tolong jangan mudah percaya dan jangan mudah nak cair ok. Kemungkinan besar lelaki itu telahpon berkahwin ataupun playboy. Sebab bagi lelaki yang sudah berkahwin dan playboy ni, dia dah masak sangat dengan wanita, dan dah tau apa kelemahan wanita, dah tau apa yang biasanya wanita mahukan. Maka dia akan mengambil kesempatan dengan cara layanan di atas.
4) Handphone
Sesekali cuba pinjam handphone pasangan. Bagilah alasan nak call mak ke, adek ke, cakaplah handphone korang abis kredit. So kalau dia bagi, ambillah kesempatan ni untuk check contact number dalam handphonenya, carilah keywords ‘sayang’, atau ‘manja’, atau ‘isteri’.
Seandainya keluar nama tu, check nombornya pula, adakah no korang ataupon no yang tak dikenali. Kalau nombor tu terlalu asing, so paham-paham sajalah ye. Mungkin korang sekadar spare tyrenya sahaja.
Di sini amatlah penting untuk korang ‘celik handphone’, bukan IT je perlu celik yea.. Kalau tak, susah korang nak godeh handphone yang sekarang makin canggih ni. Sekiranya susah sangat pasangan tu nak bagi pinjam handhonenya, dengan memberi macam-macam alasan yang tak munasabah, pon korang mesti kene simpan syak wasangka ye. Mungkin dia tak mahu rahsianya terbongkar. Tapi kalau pasangan tu ada 2 handphone, agak payahlah kan.
5) Kenali Rakan Pasangan
Sekiranya pasangan korang mengajak berjumpa rakan-rakannya, maka korang cuba ambil kesempatan ni untuk menganali rakan-rakannya. Seandainya kebanyakan rakan-rakannya telahpon berkahwin, maka kemungkinan besar, pasangan korang juga telah berkahwin.
6) Uji pasangan
Cuba uji pasangan anda dengan cara, call/sms dia pada tengah malam, sekitar jam 12 – 3 pagi @ 6 – 8 pagi. Cuba banyak-banyak kali. Tengok samada dia berani angkat ataupon tidak.
Kalau korang call, tapi tak pernah sekali pon dia angkat, kemungkinan dia sedang lena beradu dengan isteri tercinta. Ataupun dia takut nak angkat sebab isteri ada di sebelah. Atau, call/ sms dia pada hujung minggu. Kebiasaannya pada hujung minggu adalah waktu untuk meluangkan masa dengan keluarga kan. So, korang jangan takut untuk ganggu dia, ajak dia keluar ke, shopping ke.
Cuba tengok samada dia nak ataupon tidak. Atau, call dia pada setiap waktu pagi dengan alasan nak kejut dia bangun solat atau bangun keje. Tengok samada dia yang angkat ataupon ada wanita lain yang angkat. Heh.. Dan lagi satu, kalau handphone dia selalu off pada waktu malam pon, kemungkinan besar dia telahpon berkahwin. (cara ni amat sesuai jika korang dan pasangan berkenalan dengan jarak jauh)
7) Ekori pasangan
Seandainya korang rasa macam tak sedap hati je dengan pasangan korang tu, cuba cari alternatif lain dengan ekori setiap pergerakan beliau. Kenalpasti rumahnya, tempat kerjanya dan tempat yang biasa dia pergi.
Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung yea, sesekali kita kene keluar untuk mencari kebenaran. Kenali adik beradiknya Cuba kenali adik beradiknya dan cuba dekatkan diri dengan mereka.
Dengan cara ini, secara tak langsung korang boleh selidik latar belakang pasangan dengan mudah. (cara ni juga sesuai jika korang dan pasangan berkenalan dengan jarak jauh)
SUMBER : muafakatmembawaberkat
0 Response to "Menyesal Tak Berguna Lagi. Cara Mengenali Kekasih Adalah Suami Orang"
Post a Comment