Ary Malik Menghembuskan Nafas Terakhir di samping Suami Jam 7.17 malam

ARY MALIK MENINGGAL DUNIA


TERBARU: Ary Malik Menghembuskan Nafas Terakhir disisi Suami Jam 7.17 malam 

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Danau Kota, Setapak, malam ini.
Semalam, suami Ary, Shahrul Nizam Shaharuddin, memaklumkan masih lagi menunggu pemeriksaan doktor pakar memandangkan isterinya masih lagi tidak sedarkan diri sejak beberapa hari lalu.
Ary mula dimasukkan ke hospital itu sejak 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah sebelum mula tidak sedarkan diri.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik disahkan menghidap kanser itu sejak setahun lalu.
Bekas pengacara MTV ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tuanku Mizan,Wangsa Maju, Mei lalu.
Allahyarhamah yang cukup terkenal sebagai hos pada era 90-an ini pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.
Hasil perkahwinannya dengan Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Sha Bromo, mereka memiliki tiga orang anak perempuan iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik yang berusia 11 tahun.


Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin dan juga keluarga, lapor Utusan Online.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan berita sedih itu dan berkata jenazah dijangka dibawa ke Masjid Kem Wardieburn dan berkemungkinan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota.  – MYNEWSHUB.CC 

0 Response to "Ary Malik Menghembuskan Nafas Terakhir di samping Suami Jam 7.17 malam "

Post a Comment