TENGOK CARA UNIK Konvoi Presiden Jokowi LANSUNG TAK PAKAI SIREN, TUTUP JALAN.. BUAT RAKYAT INDONESIA BANGGA


Joko Widodo Presiden Indonesia sejak 2015 telah mengambil pendekatan yang berbeza dari presiden terdahulu.

Beliau meminta konvoi kenderaan keselamatan yang mengiringi kenderaan rasminya supaya lebih santun dan berhemah apabila melalui jalan raya yang sibuk.

Apa yang menarik lagi, bonet hadapan kereta Mercedes Benz S-600 dengan nombor plat RI 1 tersebut juga diarahkan supaya tidak mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih ketika berada di atas jalan demi mengelak perasaan bangga diri pemimpin itu.
Namu begitu tanggungjawab yang diberikan kepada Pasukan Pengaman Presiden (Paspamres) bukanlah satu kerja yang mudah lebih-lebih lagi sewaktu Presiden Jokowi perlu bergerak pantas dari satu tempat ke satu destinasi lain.
Lebih-lebih lagi di pusat bandar raya Jakarta yang memang cukup terkenal dengan suasana ‘macet’, Paspamres perlu pantas berfikir untuk melancarkan konvoi kenderaan presiden supaya sampai di tempat dituju tanpa risiko terkandas.
Presiden Jokowi yang menyedari masalah kesesakan lalu lintas itu sejak mengambil alih tugas itu daripada Susilo Bambang Yudhoyono mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah kenderaan pengiring daripada 15 buah kepada hanya 7 buah.
Kenderaan yang digunakan adalah Mercedes-Benz G Class, Mercedes-Benz S600 Pullman Guard serta motosikal Honda Goldwing dan Yamaha FZ1 sekali gus melancarkankan  pergerakan beliau sendiri.


Kementerian Sekretariat Negara pada 6 April lalu turut memuat naik rakaman video eksklusif tugas pengawalan presiden yang dilakukan Paspamres secara santun sehingga menerima banyak pujian positif daripada netizen.
Video tersebut memperlihatkan rombongannya langsung tidak menggunakan bunyi bingit siren untuk mendapatkan laluan serta memberi tanda penghargaan kepada pengguna jalan dengan memberikan isyarat ibu jari tangan.
Cara unik ini terbukti berhasil apabila konvoi presiden bukan sahaja tidak memekakkan telinga dengan pencemaran bunyi, bahkan mendapat keutamaan pemandu kenderaan yang tanpa disuruh segera memandu ke bahu jalan.


Menerusi video berdurasi empat minit ini memperlihatkan proses pergerakan presiden dari Istana Bogor di Jawa Barat menuju Istana Merdeka di sini sejauh 61 kilometer yang lazim mengambil masa 69 minit jika tiada ‘macet’.
Video ini telah disaksikan lebih 24,000 kali dan mengundang pelbagai komentar daripada pengguna media sosial yang memuji Jokowi kerana tidak mementingkan diri dengan mengarahkan penutupan jalan untuk konvoi beliau.
Cara sebegini menyebabkan rakyat Indonesia lebih memandang hormat terhadap beliau kerana tidak terlalu berkira dari segi protokol dan merasai sendiri suasana macet di jalan raya secara semula jadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

0 Response to "TENGOK CARA UNIK Konvoi Presiden Jokowi LANSUNG TAK PAKAI SIREN, TUTUP JALAN.. BUAT RAKYAT INDONESIA BANGGA"

Post a Comment